Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rundingan buka lintasan sempadan Mesir-Gaza untuk bawa masuk bantuan

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan buka lintasan sempadan Mesir-Gaza untuk bawa masuk bantuan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Jan 2025 08:54AM Dikemas Kini : 16 Jan 2025 08:55AM
KAHERAH: Usaha untuk "membuka lintasan Rafah bagi membolehkan bantuan antarabangsa masuk" ke Gaza sedang dijalankan, lapor media Mesir pada Rabu (16 Jan) menukil sumber keselamatan Mesir.

Mesir sedang "bersiap sedia untuk membawa masuk sejumlah besar bantuan ke Carikan Gaza," berikutan laporan tentang gencatan senjata yang dicapai antara Israel dan Hamas, lapor akhbar pemerintah Mesir Al-Ahram.
Lintasan Rafah ditutup sejak Mei, apabila tentera Israel merampas kawasan tersebut dan menutup lintasan yang terletak di bahagian Palestin.

Mesir berulang kali menyatakan ia hanya mengiktiraf pihak berkuasa Palestin bagi menguruskan lintasan itu.

Al-Qahera News pada Rabu menyatakan perjanjian rangka kerja tersebut terdiri daripada tiga fasa berperingkat.

Fasa pertama melibatkan kedua-dua pihak menghentikan operasi ketenteraan selama 42 hari.

Israel juga perlu mengundurkan tenteranya dari kawasan penduduk dan sempadan Gaza, serta pesawat perang dan pesawat risikan Israel perlu menghentikan operasinya buat sementara selama 10 jam setiap hari.
Sumber : AFP/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan