Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rumah Putih umum bantuan keselamatan AS$270 juta kepada Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Rumah Putih umum bantuan keselamatan AS$270 juta kepada Ukraine

Seorang penduduk tempatan mengangkut barangan beliau keluar dari bangunan yang separa musah, menyusli serangan udara di Chasiv Yar, timur Ukraine, pada 10 Julai 2022. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 23 Jul 2022 02:27PM Dikemas Kini : 23 Jul 2022 02:27PM

WASHINGTON: Rumah Putih pada Jumaat (22 Jul) mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan memberikan pakej bantuan keselamatan tambahan bernilai AS$270 juta (S$374 juta) kepada Ukraine.

Menurut maklumat yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan, bantuan baru itu termasuk empat Sistem Roket Meriam Mobiliti Tinggi dan peluru berpandu, empat kenderaan perisai, senjata antiperisai serta 580 sistem taktikal udara Phoenix Ghost, lapor Xinhua.

Sebahagian daripada pakej itu, berjumlah AS$175 juta (S$243 juta), akan terus diluluskan Presiden Joe Biden di bawah kuasa pengeluaran presiden (PDA), menurut Pentagon, baki AS$95 juta (S$131 juta) pula menerusi Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine menerusi dana Jabatan Pertahanan (USAI).

Meskipun senjata yang diluluskan oleh PDA diambil terus daripada stok sedia ada Pentagon, ia berada di bawah kuasa USAI kerana pemerintah AS memperoleh senjata daripada industri melalui kontrak.

Pengumuman pakej baru itu menjadikan jumlah komitmen bantuan keselamatan AS kepada Ukraine kira-kira AS$8.2 bilion (S$11.4 bilion) sejak pentadbiran Biden.

Bantuan tambahan itu diberikan sedang Ukraine mencuba mempertahankan negaranya daripada Moscow, dalam konflik paling buruk di Eropah sejak Perang Dunia kedua itu masuk bulan kelima, lapor Reuters.

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa