Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rumah Putih 'sangat terkesan' atas kematian warga Amerika di Tebing Barat, gesa Israel jalankan siasatan

Anggaran Waktu Membaca:
RAMALLAH: Askar Israel menembak mati seorang wanita warga Amerika-Turki, yang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan terhadap perluasan penempatan Israel di Tebing Barat pada Jumaat (6 Sep), kata pegawai Palestin dan Turki.
Rumah Putih menyatakan bahawa ia amat terganggu tentang kematian Aysenur Ezgi Eygi, dan menggesa Israel untuk menyiasat kejadian tersebut.

Kementerian Luar Turki menyatakan dia ditembak di kepala, dan menyalahkan Perdana Menteri israel Benjamin Netanyahu atas kematian wanita itu.

Tentera Israel menyatakan askarnya melepaskan tembakan ke atas seorang lelaki yang membaling batu ke arah pasukannya.

Ia sedang menyiasat laporan bahawa seorang warga asing "dibunuh akibat tembakan di kawasan tersebut. Maklumat lanjut mengenai insiden itu dan sebab dia ditembak sedang dinilai."

"SANGAT BIMBANG"

Dalam satu kenyataan oleh jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, Sean Savett berkata, Washington "sangat bimbang atas kematian warga Amerika," di tebing Barat pada Jumaat.

"Kami sudah menghubungi Pemerintah Israel untuk meminta lebih banyak maklumat dan mengarahkan siasatan berkaitan insiden itu dijalankan," kata Encik Savett.

Senator Amerika Syarikat Chriss Van Hollen berkata Eygi adalah warga Amerika ketiga yang dibunuh di Tebing Barat sejak 7 Oktober.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengutuk kematian Eygi, dengan memuat naik catatan di media sosial bahawa Turki "akan terus berusaha menerusi pelbagai platform untuk menghentikan dasar pendudukan dan pembunuhan beramai-ramai Israel".
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan