Rumah Putih sahkan perbualan telefon Trump-Putin mengenai gencatan senjata Rusia-Ukraine
Presiden Amerika Donald Trump, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dan Presiden Rusia Vladimir Putin. (Gambar: AP/Aurelien Morissard, Pavel Bednyakov)
Encik Trump pertama kali mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan panggilan dengan pemimpin Rusia itu melalui catatan di media sosial pada Sabtu (17 Mei). Kremlin kemudian mengesahkan pada hari yang sama bahawa perbualan itu akan berlangsung, lapor Anadolu Ajansi.
Encik Trump turut menyatakan bahawa beliau akan membincangkan isu perdagangan dengan Presiden Rusia tersebut.
Panggilan itu berlaku menyusuli laporan CNN yang memetik kenyataan pihak presiden Ukraine bahawa Encik Trump sudah memulakan usaha diplomasi hariannya dengan menghubungi Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy terlebih dahulu, bukannya Encik Putin, walaupun beliau sebelum ini mengumumkan sebaliknya.
Encik Trump memaklumkan bahawa beliau akan menghubungi Encik Putin pada pukul 10.00 pagi (1400GMT), diikuti panggilan dengan Encik Zelenskyy dan pegawai NATO.
Tidak jelas apa yang menyebabkan perubahan rancangan yang dilaporkan itu. Rumah Putih bagaimanapun enggan mengesahkan atau menafikan sama ada panggilan Trump-Zelenskyy benar-benar berlaku.
Encik Trump menggambarkan perbualan tersebut sebagai satu langkah ke arah menamatkan "pertumpahan darah" yang meragut lebih 5,000 nyawa askar setiap minggu.
"Semoga ini hari yang produktif," tulisnya di Truth Social.
Panggilan itu diadakan selepas perwakilan Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan langsung pertama mereka dalam tempoh lebih tiga tahun di Istanbul pada Jumaat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.