Skip to main content

Dunia

Rumah Putih rancang sidang puncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb

Anggaran Waktu Membaca:
Rumah Putih rancang sidang puncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengadakan sidang media bersama Presiden Rusia Vladimir Putin menyusuli mesyuarat bagi merunding menamatkan perang di Ukraine pada 15 Ogos 2025. (Gambar fail: Reuters/Jeenah Moon)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 08 Feb 2026 08:36PM Dikemas Kini : 08 Feb 2026 08:37PM

WASHINGTON: Rumah Putih sedang merancang mesyuarat peringkat pemimpin bagi Lembaga Keamanan pada 19 Februari, lapor agensi berita Xinhua yang menukil portal media Amerika Syarikat (AS), Axios pada Sabtu (7 Feb).

"Ia bakal menjadi mesyuarat pertama Lembaga Keamanan serta persidangan mengumpul dana bagi pembinaan semula Gaza," kata seorang pegawai Amerika Syarikat yang enggan didedahkan identitinya.

Mesyuarat itu dijangka diadakan di Institut Keamanan Amerika, manakala pentadbiran Donald Trump mula menghubungi berpuluh-puluh negara pada Jumaat (6 Feb) bagi mengundang pemimpin mereka, lapor Axios.

Menurut Axios, perancangan bagi sidang puncak itu masih di peringkat awal dan mungkin berubah, sambil menambah bahawa Rumah Putih enggan memberikan ulasan.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump secara rasmi melancarkan "Lembaga Keamanan" itu pada 22 Januari lalu dalam satu majlis menandatangani piagam sewaktu Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Beberapa kuasa besar dunia dan sekutu tradisi Amerika dilaporkan enggan menyertai lembaga itu.

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita