Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rumah Putih milik Joe Biden setelah raih 306 undi badan perwakilan pemilih

Bakal Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berjaya meraih 306 undi badan perwakilan pemilih, manakala penyandang jawatan itu sekarang, Donald Trump memperolehi sebanyak 232 undi.

Anggaran Waktu Membaca:
Rumah Putih milik Joe Biden setelah raih 306 undi badan perwakilan pemilih

Encik Donald Trump dan Encik Joe Biden. (Gambar-gambar: Jim Watson, Saul Loeb/AFP)

Diterbitkan : 14 Nov 2020 11:31AM Dikemas Kini : 14 Nov 2020 11:34AM

WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berjaya meraih 306 undi badan perwakilan pemilih, manakala penyandang jawatan itu sekarang, Donald Trump memperolehi sebanyak 232 undi, menurut media Amerika Syarikat pada Jumaat (13 Nov).

Encik Biden mengukuhkan lagi kedudukannya dengan meraih kemenangan di Georgia yang lazimnya lebih cenderung menyokong Republican setelah kemenangan itu diumumkan oleh CNN, ABC dan rangkaian berita lain.

Trump - yang juga meraih 306 undi badan perwakilan pemilih semasa menewaskan Cik Hillary Clinton pada 2016 - meraih kemenangan di Carolina Utara seperti yang diramalkan oleh CNN dan NBC yang meletakkan Trump dengan 232 undi.

Encik Biden dianggap sebagai pemenang pilihan raya presiden selepas meraih kemenangan di Pennsylvania yang memberikannya 270 undi badan perwakilan pemilih pada Sabtu lalu.

Georgia, salah satu daripada lima wilayah yang dimenangi oleh Encik Biden, belum pernah dimenangi oleh calon Demokrat sejak Encik Bill Clinton pada 1992.

Encik Trump, yang enggan mengaku kalah, dijadual menyampaikan ucapan kepada para penyokongnya pada Jumaat buat pertama kali sejak diramal tewas dalam pilihan raya tersebut enam hari lalu.

Namun belum jelas sama ada beliau akan menjawab pertanyaan atau akhirnya akan mengaku kalah tetapi Encik Trump sudah berkali-kali merujuk kepada kejayaannya meraih 306 undi badan perwakilan pemilih pada 2016 sebagai satu "kemenangan besar" dan "mencipta sejarah".

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan