Rumah Putih lancar akaun TikTok rasmi untuk sebar dasar Trump
Anggaran Waktu Membaca:

Rumah Putih melancarkan akaun TikTok. (Gambar: Kirill KUDRYAVTSEV/AFP)
WASHINGTON: Rumah Putih melancarkan akaun TikTok rasmi pada Selasa (19 Ogos), mengambil kesempatan daripada lebih 150 juta pengguna di Amerika untuk menyebarkan mesej Presiden Donald Trump.
Trump menggemari aplikasi popular itu dan memujinya kerana membantunya mendapatkan sokongan dalam kalangan pengundi muda apabila beliau mengalahkan calon Democrat Kamala Harris dalam Pilihan Raya Presiden pada November 2024.
Penilaian maklumat risikan yang lalu mendakwa bahawa pemilik aplikasi video pendek itu mempunyai kaitan dengan pemerintah China dan ia boleh digunakan untuk mempengaruhi rakyat Amerika.
“Pentadbiran Presiden Trump komited untuk menyampaikan kejayaan bersejarah Presiden Trump kepada rakyat Amerika dengan seramai mungkin penonton dan platform,” kata Setiausaha Media Rumah Putih, Karoline Leavitt sedang laman itu disiarkan secara langsung.
"Mesej-mesej Presiden Trump mendominasi TikTok semasa kempen pilihan raya presidennya, dan kami teruja untuk mengukuhkan lagi kejayaan tersebut dan berkomunikasi dengan cara yang berbeza daripada pentadbiran lain sebelum ini," katanya lagi.
Akaun itu, @whitehouse, mula beroperasi pada petang Selasa (19 Ogos), dengan tujuan untuk menyampaikan dasar-dasar presiden, kata seorang pegawai Rumah Putih.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.