Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rumah Putih halang wartawan AP ke Pejabat Bundar atas penggunaan istilah Teluk Mexico

Rumah Putih melarang seorang wartawan Associated Press daripada menyertai sebuah acara di Pejabat Bundar pada Selasa (11 Feb), selepas menuntut agensi berita itu menukar penggunaan istilah Teluk Mexico.

Anggaran Waktu Membaca:
Rumah Putih halang wartawan AP ke Pejabat Bundar atas penggunaan istilah Teluk Mexico

Presiden Trump bercakap dengan media sebelum menandatangani pengisytiharan untuk menamakan Teluk Mexico sebagai Teluk Amerika pada 9 Februari 2025. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Feb 2025 11:23AM Dikemas Kini : 12 Feb 2025 11:24AM
NEW YORK: Rumah Putih melarang seorang wartawan Associated Press daripada menyertai sebuah acara di Pejabat Bundar pada Selasa (11 Feb), selepas menuntut agensi berita itu menukar penggunaan istilah Teluk Mexico.

Ini selepas Presiden Amerika Donald Trump sebelum ini mengarahkan supaya Teluk Mexico ditukar namanya kepada Teluk Amerika.

Wartawan itu, di mana AP tidak mahu mendedahkan namanya, cuba memasuki satu acara Rumah Putih pada petang Selasa namun beliau dihalang.

Larangan yang jarang sekali berlaku, di mana pegawai pentadbiran Trump sebelum ini telah mengugut untuk melaksanakannya melainkan AP menukar penggunaan istilah Teluk berkenaan, mungkin mempunyai kesan terhadap hak kebebasan bersuara.

Naib presiden kanan dan penyunting eksekutif The Associated Press, Julie Pace menyifatkan tindakan pentadbiran Trump sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Ia membimbangkan kerana pentadbiran Trump akan menghukum AP kerana kewartawanan bebasnya," kata Cik Pace dalam satu kenyataan.

"Mengehadkan akses kami kepada Pejabat Bundar berdasarkan kandungan ucapan AP bukan sahaja menghalang akses orang awam kepada laporan berita bebas, ia juga secara terang-terangan melanggar Pindaan Pertama."

Pentadbiran Trump tidak mengeluarkan sebarang pengumuman segera mengenai langkah itu, dan tiada petunjuk yang mencadangkan terdapat sebarang wartawan lain yang terjejas.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan