Rumah Putih dakwa Alibaba bantu tentera China sasar Amerika Syarikat
Rumah Putih menuduh platform jual beli online China, Alibaba, menyediakan sokongan teknologi bagi operasi ketenteraan China yang menyasarkan Amerika Syarikat, lapor Financial Times pada Jumaat (14 Nov), memetik satu memo keselamatan negara.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Rumah Putih menuduh platform jual beli online China, Alibaba, menyediakan sokongan teknologi bagi operasi ketenteraan China yang menyasarkan Amerika Syarikat, lapor Financial Times pada Jumaat (14 Nov), memetik satu memo keselamatan negara.
Akhbar itu melaporkan bahawa memo tersebut mengandungi risikan sulit tertinggi yang tidak lagi dirahsiakan, menggariskan bagaimana Alibaba membekalkan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dengan keupayaan yang dipercayai Washington boleh mengancam keselamatan Amerika Syarikat. Laporan itu bagaimanapun tidak memperincikan keupayaan yang dimaksudkan atau operasi mana yang terlibat.
Saham Alibaba yang tersenarai di Amerika Syarikat jatuh 4.2 peratus selepas laporan tersebut diterbitkan.
ALIBABA NAFIKAN DAKWAAN
Menurut Alibaba, tuduhan itu “sama sekali tidak benar” dan mempersoalkan motif di sebalik kebocoran maklumat tersebut. Syarikat itu menyatakan bahawa maklumat berkenaan “kelihatan datang daripada suara sumbang yang mahu menjejaskan perjanjian perdagangan Presiden Trump dengan China baru-baru ini”.
Kedutaan China di Washington tidak segera memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk komen.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.