Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rumah musnah, bekalan elektrik terputus di pantai barat Australia angkara Seroja

Ribut tropika yang mengganas di bahagian pantai barat Australia memusnahkan sejumlah kediaman dan menyebabkan bekalan elektrik bagi berpuluh-puluh ribu penduduk terputus semalam sebelum ribut tersebut melemah pada pagi Isnin (12 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Rumah musnah, bekalan elektrik terputus di pantai barat Australia angkara Seroja

Kerosakan pada sebuah rumah di Australia angkara taufan Seroja pada 11 Apr 2021 (Gambar: Facebook/Bureau of Meteorology/Kate Swenson)

Diterbitkan : 12 Apr 2021 12:45PM Dikemas Kini : 12 Apr 2021 12:51PM

SYDNEY: Ribut tropika yang mengganas di bahagian pantai barat Australia memusnahkan sejumlah kediaman dan menyebabkan bekalan elektrik bagi berpuluh-puluh ribu penduduk terputus semalam sebelum ribut tersebut melemah pada pagi Isnin (12 Apr).

Menurut para pegawai, sekitar 70 peratus struktur di bandar tepi pantai Kalbarri, kira-kira 500 kilometer dari bahagian utara Perth, mengalami kerosakan apabila ribut kategori tiga itu melanda pada lewat Ahad.

Sekitar 30 peratus kerosakan itu "sangat besar kesannya", menurut Pesuruhjaya Khidmat Kecemasan Australia Barat, Darren Klemm kepada Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

"Keadaan masih parah di Australia Barat," kata Perdana Menteri Scott Morrison di laman Facebook rasminya, sambil menambah bahawa rancangan tindak balas bencana kerajaan persekutuan sudah diaktifkan.

Taufan Seroja diramal akan terus melemah hari ini, namun para pegawai memberi amaran bahawa ribut tropika itu membawa angin kencang dan hujan lebat yang berpotensi boleh menimpakan kerosakan.

Gambar-gambar di media sosial dan siaran televisyen tempatan menunjukkan kabel elektrik terputus, dengan serpihan dan bumbung tertanggal dan punah-ranah. Pihak berkuasa wilayah Australia Barat sudahpun membuka tiga pusat perlindungan sementara untuk para penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Wilayah itu juga sudah diletakkan di bawah tahap waspada paras tinggi, dengan rumah dan bangunan lain tidak mungkin dapat bertahan apabila dibadai ribut tropika itu, yang biasanya tidak menuju sampai ke bahagian selatan di wilayah tersebut.

"Ini adalah kejadian cuaca yang jarang sekali berlaku pada orang-orang di bahagian selatan dan timur Australia Barat," menurut Biro Meteorologi Australia.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan