Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rumah asuhan tempat budak 4 tahun dirogol akan ditutup: DPM M'sia Wan Azizah

Rumah asuhan di Batu Gajah, Perak, dalam proses penutupan menyusuli kejadian rogol ke atas kanak-kanak berusia empat tahun oleh anak pengasuhnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Rumah asuhan tempat budak 4 tahun dirogol akan ditutup: DPM M'sia Wan Azizah

(Gambar: Unsplash/Laura Fuhrman)

Diterbitkan : 03 Jul 2019 03:10PM Dikemas Kini : 03 Jul 2019 03:13PM

KUALA LUMPUR: Rumah asuhan di Batu Gajah, Perak, dalam proses penutupan menyusuli kejadian rogol ke atas kanak-kanak berusia empat tahun oleh anak pengasuhnya. BH Online melaporkan, rumah asuhan itu bakal ditutup kerana ia didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sungguhpun ia bukan berstatus taman asukan kanak-kanak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Wan Azizah Wan Ismail menekankan bahawa ia tetap perlu berdaftar dengan JKM memandangkan terdapat lebih empat orang kanak-kanak di bawah jagaannya.

“Sekarang polis sedang siasat. Pegawai JKM sudah dihantar ke rumah asuhan itu bagi meneliti kaedah terbaik menjaga mangsa serta kanak-kanak lain yang di rumah asuhan berkenaan.

“Kita perlu lihat secara menyeluruh. Namun, rumah asuhan itu tak berdaftar walaupun menjaga lapan kanak-kanak. Jadi, kita dalam proses menutup rumah asuhan itu,” jelas Dr Wan Azizah kepada BH Online di lobi Parlimena pada Rabu (3 Jul).

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata rumah asuhan tidak berdaftar akan dipantau secara lebih dekat demi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang.

Pada Selasa, media tempatan melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun diberkas polis setelah disyaki merogol kanak-kanak berusia empat tahun yang diasuh ibunya di rumah mereka di Batu Gajah.

Suspek, yang juga murid Tahun Enam, dipercayai melakukan perbuatan itu terhadap mangsa sebanyak tiga kali sejak awal Ramadan lalu.

Menurut BH Online, ibu suspek berusia 42 tahun tidak bekerja dan hanya mengambil upah menjaga lapan kanak-kanak berusia antara dua hingga 11 tahun dari jam 6.30 pagi hingga 9 malam.

Menukil Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Penolong Pesuruhjaya Ahmad Adnan Basri, suspek melakukan perbuatan itu kerana terangsang setelah menonton video di dalam telefon bimbit.

Ketikan memberikan ulasan lanjut, Dr Wan Azizah turut menyuarakan kebimbangan tentang pengaruh video yang memiliki kandungan berunsur lucah hingga boleh mempengaruhi seorang kanak-kanak untuk melakukan perbuatan terkutuk sedemikian.

“Kalau boleh, kena ada pemantauan ibu bapa. Kalau ibu bapa mahu beri telefon pintar pada anak-anak, janganlah biarkan mereka guna tanpa kawalan,” nasihat beliau. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan