Rumah anak yatim swasta di Johor diarah tutup; pengerusi didakwa rogol, dera penghuni
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock/@coehm)
KULAI: Sebuah rumah anak yatim swasta di Kulai, Johor diarahkan untuk ditutup buat sementara waktu selepas pengerusinya ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes rogol dan penderaan melibatkan penghuni rumah tersebut.
Menurut Ketua Polis Kulai, Tan Seng Lee, pengerusi rumah anak yatim itu ditangkap pada 30 November menyusuli dakwaan bahawa dia merogol dan menghamilkan seorang penghuni berusia 17 tahun antara 2020 hingga 2022, ketika remaja itu berusia 13 hingga 15 tahun.
Suspek berusia 59 tahun itu – yang, bersama dengan rumah anak yatim tersebut, tidak disebut namanya – ditangkap semula pada 10 Disember kerana disyaki mendera kanak-kanak selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan beliau merotan dengan ganas seorang gadis di rumah anak yatim yang sama, menurut laporan media Malay Mail.
Lelaki itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Ahad (15 Disember) atas tuduhan merogol dan mendera seorang budak bawah umur.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata, arahan untuk menutup rumah anak yatim itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor mengikut Seksyen 15 Akta Pusat Jagaan 1993.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor telah mengambil penjagaan terhadap semua 55 kanak-kanak yang berusia antara 10 hingga 17 tahun yang tinggal di rumah anak yatim tersebut.
Daripada 55 kanak-kanak itu, 32 orang sudah dihantar pulang ke ibu bapa kandung mereka. 23 kanak-kanak yang lain, terdiri daripada 10 lelaki dan 13 perempuan, ditempatkan di kemudahan selamat yang ditetapkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor, kata Khairin-Nisa dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution berkata dalam jawapan parlimen pada Rabu lalu bahawa kerajaan merancang untuk menyediakan peruntukan yang lebih komprehensif dan hukuman yang lebih berat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mencegah kes penderaan kanak-kanak pada masa depan.
Beliau menjawab soalan oleh Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew, yang meminta kerajaan memperbaiki penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak susulan kes-kes berprofil tinggi seperti yang dikaitkan dengan konglomerat Muslim yang kontroversial, Global Ikhsan Services and Business Holdings (GISB).
Kes GISB menyaksikan pihak berkuasa Malaysia menyerbu 20 rumah kebajikan mereka di Selangor dan Negeri Sembilan pada bulan September dan menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja.
Siasatan awal mendapati sekurang-kurangnya 13 daripada mereka telah disodomi atau diajar untuk menyalahgunakan orang lain secara seksual. Sehingga 8 Oktober, jumlah belia yang diselamatkan telah meningkat kepada 625, lapor The Star.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 425 individu yang dikaitkan dengan GISB, termasuk pengurusan tertinggi mereka, telah ditangkap. Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi GISB, Nasiruddin Mohd Ali, adalah antara 22 orang yang didakwa di mahkamah pada 23 Oktober atas tuduhan menjadi sebahagian daripada kumpulan jenayah terancang.

Sumber : Agensi berita/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.