Rubio rancang bertemu pegawai Denmark mengenai hasrat Amerika terhadap Greenland
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio berkata beliau merancang untuk bertemu dengan para pegawai Denmark pada minggu depan selepas pentadbiran Trump mengukuhkan hasratnya untuk mengambil alih Greenland, iaitu pulau Artik strategik yang merupakan wilayah pemerintahan sendiri di bawah Denmark.
Presiden Donald Trump berhujah bahawa Amerika Syarikat perlu mengawal pulau terbesar di dunia itu untuk memastikan keselamatannya sendiri dalam menghadapi ancaman yang semakin meningkat dari China dan Rusia di Artik, dan Rumah Putih enggan menolak penggunaan kuasa tentera bagi memperoleh wilayah itu.
Encik Rubio memberitahu sekumpulan penggubal undang-undang bahawa ia adalah hasrat pentadbiran untuk akhirnya membeli Greenland, berbanding menggunakan kuasa tentera.
Komen-komen itu yang pertama kali dilaporkan oleh The Wall Street Journal, dibuat dalam satu taklimat rahsia pada petang Isnin (5 Jan) di Capitol Hill, menurut seorang individu yang berpengetahuan mengenai komen-komen itu yang tidak didedahkan identitinya kerana ia satu perbincangan peribadi.
Pada Rabu (7 Jan), Encik Rubio memberitahu wartawan bahawa Encik Trump berkongsi hasratnya untuk memperoleh Greenland sejak mula berkhidmat dalam penggal pertama.
"Ia sememangnya hasrat Presiden Trump dari awal lagi," kata Encik Rubio.
"Beliau bukanlah Presiden Amerika pertama yang mengkaji atau melihat bagaimana kita boleh memperoleh Greenland."
Beliau berada di Capitol Hill bagi menghadiri taklimat bersama seluruh Senat dan Dewan Amerika Syarikat di mana soalan-soalan daripada para penggubal undang-undang bukan sahaja tertumpu pada operasi pentadbiran untuk memberkas bekas pemimpin Venezuela Nicolas Maduro - tetapi juga mengenai komen Encik Trump baru-baru ini mengenai Greenland.

Sumber : Agensi berita/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.