Skip to main content

Dunia

RTM mohon maaf silap sebut nama 3 pemimpin negara di Sidang Puncak ASEAN ke-47

Jabatan Penyiaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf pada Ahad (26 Okt) atas kesilapan yang berlaku dalam siaran langsung sempena Sidang Puncak ASEAN Ke-47 dan sidang berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Anggaran Waktu Membaca:
RTM mohon maaf silap sebut nama 3 pemimpin negara di Sidang Puncak ASEAN ke-47

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong semasa sesi pleno Sidang Puncak ASEAN ke-47 pada 26 Oktober 2025. (Gambar: Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital)

Diterbitkan : 27 Oct 2025 08:29AM Dikemas Kini : 27 Oct 2025 09:38AM
  • RTM tersilap sebut nama tiga pemimpin negara iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia semasa siaran langsung pada Ahad.
  • Dalam kenyataan rasmi, RTM menjelaskan bahawa hasil siasatan dalaman mendapati berlaku kesilapan oleh pengulas siaran langsung yang menyebut nama Perdana Menteri Singapura sebagai Lee Hsien Loong, sedangkan Perdana Menteri Singapura yang terkini ialah Lawrence Wong.
  • RTM juga menyebut nama Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul sebagai Srettha Thavisin, yang dipecat pada 2024.
  • RTM sebelum ini mengeluarkan kenyataan serupa kerana menyebut nama Presiden Indonesia sebagai Joko Widodo, sedangkan Presiden Indonesia kini adalah Prabowo Subianto.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Jabatan Penyiaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf pada Ahad (26 Okt) atas kesilapan yang berlaku dalam siaran langsung sempena Sidang Puncak ASEAN Ke-47 dan sidang berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

RTM tersilap sebut nama tiga pemimpin negara iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia semasa siaran langsung pada Ahad.

Dalam kenyataan yang dterbitkan dalam Bahasa Melayu di Facebook, RTM memohon maaf atas kesilapan itu.

Dalam kenyataan rasmi, RTM menjelaskan bahawa hasil siasatan dalaman mendapati berlaku kesilapan oleh pengulas siaran langsung yang menyebut nama Perdana Menteri Singapura sebagai Lee Hsien Loong, sedangkan Perdana Menteri Singapura yang terkini ialah Lawrence Wong.

RTM juga menyebut nama Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul sebagai Srettha Thavisin, yang dipecat pada 2024.

“RTM memandang serius perkara ini dan tindakan sewajarnya telah diambil terhadap individu terlibat,” menurut kenyataan itu.

RTM juga menyampaikan permohonan maaf kepada perdana menteri dan pemerintah negara yang terjejas, serta pihak-pihak lain yang turut terkesan akibat kejadian tersebut, ia menambah.

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, RTM menegaskan komitmen untuk meningkatkan kawalan editorial dan semakan fakta dalam setiap liputan serta memastikan semua maklumat yang disiarkan adalah tepat dan berintegriti.

RTM sebelum ini mengeluarkan kenyataan serupa kerana menyebut nama Presiden Indonesia sebagai Joko Widodo, sedangkan Presiden Indonesia kini adalah Prabowo Subianto.
Sumber : CNA/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita