Royal Air Maroc batalkan penerbangan penyokong Maghribi gara-gara sekatan Qatar

(Gambar: Fadel Senna/AFP)
RABAT: Syarikat penerbangan Maghribi mengumumkan bahawa ia membatalkan semua penerbangan yang dijadualkan untuk membawa peminat ke Doha pada Rabu (14 Dis) bagi perlawanan peringkat separuh akhir Piala Dunia, menukil apa yang dipercayai adalah keputusan pihak berkuasa Qatar.
"Menyusuli sekatan-sekatan terkini yang dikenakan oleh pihak berkuasa Qatar, Royal Air Maroc dengan dukacitanya memaklumkan para pelanggan kami tentang pembatalan penerbangan mereka yang dikendalikan oleh Qatar Airways," menurut syarikat penerbangan tersebut dalam kenyataannya yang dikirimkan melalui emel.
Namun, pejabat media antarabangsa pemerintah Qatar tidak membalas dengan segera untuk mengulas tentang situasi berkenaan, lapor Reuters.
Royal Air Maroc sebelum ini menyatakan ia merancang untuk menambah lagi 30 penerbangan bagi membawa para penyokong ke Qatar untuk perlawanan peringkat separuh akhir pada malam Rabu di mana Maghribi akan berentap dengan Perancis. Namun, pada Selasa (13 Dis), sumber di agensi pelancongan RAM menyatakan hanya 14 penerbangan yang dijadualkan.
RAM menyatakan ia akan memulangkan tambang tiket penerbangan dan meminta maaf kepada para pelanggan.
Anda boleh ikuti semua perlawanan Piala Dunia di Qatar secara langsung di meWATCH.
Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh mengenainya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.