Skip to main content

Dunia

Roti Gardenia di M'sia dijangka naik harga 1 Sep

Sebanyak 53 produk roti Gardenia di M'sia akan dinaikkan harga - sesuatu yang "tidak dapat dielakkan" susuli kenaikan bahan mentah yang terus meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Roti Gardenia di M'sia dijangka naik harga 1 Sep

(Gambar: Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd/Facebook)

KUALA LUMPUR: Pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd bakal menaikkan harga produknya bermula 1 September ini, lapor Astro Awani.

Menurut surat yang kian tular, sebanyak 53 produk akan dinaikkan harga, melibatkan harga peruncit dan harga pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries (KL) Koh Chin Huat berkata kenaikan itu "tidak dapat dielakkan" menyusuli kenaikan bahan mentah yang terus meningkat.

"Kami telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan.

"Kami akan sentiasa komited untuk mengekalkan kualiti produk di tahap yang optimum untuk kepuasan semua pelanggan dan pengguna kami," katanya menerusi satu surat tersebut, seperti dipetik Astro Awani.

Antara produk yang bakal dinaikkan harga termasuk Gardenia Original Classic (400gram).

Ia masing-masing dinaikkan kepada RM2.55 (S$0.80) bagi harga peruncit dan RM3.00 (S$0.94) bagi harga pengguna.

Dalam surat itu, Gardenia Delicia Salted Caramel Spread (375gram) juga dijangka dinaikkan harga kepada iaitu RM13.66 (S$4.25) bagi harga peruncit dan RM17.10 (S$5.30) bagi harga pengguna.

Harga pengguna baru dijangka dinaikkan pada 1 September ini.

Menurut Astro Awani, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Gardenia KL berhubung kenaikan harga tersebut setakat ini.

Pada November lalu, Gardenia KL turut menaikkan harga produknya bermula 1 Disember.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita