Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Roti canai dinobat roti terbaik dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Roti canai dinobat roti terbaik dunia

Gambar hiasan roti prata. (Gambar: BERITAMediaCorp)

KUALA LUMPUR: Roti canai kegemaran rakyat Malaysia dianugerahkan sebagai roti terbaik di dunia oleh TasteAtlas, sebuah laman panduan makanan online.

Pengumuman itu dibuat menerusi akaun Instagram milik TasteAtlas pada Ahad (10 Sep).

Menerusi carta berkenaan, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan, tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara menghasilkan pastri terbaik dunia, lapor Sinar Harian.

Roti canai duduki tempat pertama menerusi carta 50 roti terbaik di dunia oleh TasteAtlas.

Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada TasteAtlas tetapi sebelum ini pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India.

Tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan