Rosmah tiba di SPRM bantu siasatan penyelewengan projek solar
Isteri mantan perdana menteri Malaysia, Rosmah Mansor, dilihat tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai bagi membantu siasatan kes pembekalan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Isteri mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, Rosmah Mansor. (Gambar fail: Vincent Thian/AP)
PUTRAJAYA: Isteri mantan perdana menteri Malaysia, Rosmah Mansor, dilihat tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai bagi membantu siasatan kes pembekalan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.
Beliau tiba pada pukul 11.40 pagi dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam dan diiringi sebuah kereta Proton Waja.
Menurut sumber SPRM, notis memerintahkan Cik Rosmah supaya hadir di SPRM diserahkan semalam (13 Nov).
Pada awal Jun lalu, sebuah portal berita melaporkan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion (S$823.3 juta) di Sarawak, yang didakwa diberikan melalui penganugerahan kontrak secara terus di bawah arahan seorang mantan pemimpin tertinggi negara.
Pemimpin berkenaan turut didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia pada Januari tahun lalu supaya melantik sebuah syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.