Rosmah mohon pendengaran rayuan kes rasuah projek hibrid solar ditangguh
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Bernama
MALAYSIA: Cik Rosmah Mansor memohon agar pendengaran rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya berkaitan kes rasuah projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion (S$362 juta) yang dijadual Julai ini, untuk ditangguhkan.
Pasukan pembelaannya memohon penangguhan itu bagi menunggu keputusan satu lagi rayuan berkaitan di Mahkamah Persekutuan, lapor Malaysiakini.
Rayuan itu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Jun lalu yang menolak tindakan sivilnya bagi membatalkan kes tersebut terhadapnya.
Ketika dihubungi media, seorang anggota pasukan pendakwaan mengesahkan permohonan penangguhan itu dan berkata Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh bagi mendengarnya.
Pada 1 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Cik Rosmah bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta (S$281 juta).
Bagaimanapun, beliau memperoleh penangguhan pelaksanaan terhadap hukuman itu, dan rayuan jenayahnya yang berasingan terhadap keputusan bersalah berkenaan ditetapkan untuk dibicarakan di hadapan Mahkamah Rayuan pada 11 Julai, seperti dipetik Malaysiakini.
Berkenaan tindakan sivilnya, Cik Rosmah berkata kes tersebut terbatal dari awal ekoran pelantikan mantan hakim Mahkamah Persekutuan, mendiang Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan secara tidak sah.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.