Rosmah Mansor tidak hadir hari pertama perbicaraan rasuah kerana tidak sihat
Isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak, Rosmah Mansor, tidak dapat hadir pada hari pertama perbicaraan rasuah membabitkannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Isteri mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, Rosmah Mansor. (Gambar fail: Vincent Thian/AP)
KUALA LUMPUR: Isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak, Rosmah Mansor, tidak dapat hadir pada hari pertama perbicaraan rasuah membabitkannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Menurut Peguam Jagjit Singh, anak guamnya kurang sihat.
Perbicaraan kes rasuah itu berkaitan perbekalan dan pemasangan daya tenaga suria bagi sekolah-sekolah di kawasan-kawasan terpencil.
Cik Rosmah menghadapi tiga tuduhan melibatkan puluhan juta ringgit.
Beliau akan juga dibicarakan pada Mei ini atas 12 tuduhan pengubahan wang melibatkan RM7 juta (S$2.33 juta) serta lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Mahsul Negara.
Suaminya Encik Najib Razak pula hadir di mahkamah hari ini berhubung kes menyalahgunakan wang berjumlah RM42 juta (S$13.97) daripada anak syarikat IMDB, SRC International.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.