Rosmah Mansor muncul lagi di mahkamah esok
Isteri bekas perdana menteri Cik Rosmah Mansor dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (15 Nov) dipercayai berkaitan kes pembekalan tenaga suria di sekolah-sekolah di Sarawak.
PUTRAJAYA: Isteri bekas perdana menteri Cik Rosmah Mansor dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (15 Nov) dipercayai berkaitan kes pembekalan tenaga suria di sekolah-sekolah di Sarawak.
Perkara itu dinyatakan oleh peguamnya Encik K Kumaraendran ketika ditemui selepas mengiringi Cik Rosmah memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini (14 Nov).
“Saya tidak mahu mengambil apa-apa soalan, cuma boleh sahkan anak guam saya akan didakwa di mahkamah Jalan Duta esok,” katanya.
Cik Rosmah dijangka didakwa pada jam 3.00 petang esok (15 Nov).
Cik Rosmah yang tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 11.40 pagi dilihat meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 2.35 petang selepas selesai memberi keterangan dipercayai berkaitan kes pembekalan tenaga solar tersebut.
Menurut sumber SPRM, notis memerintahkan Cik Rosmah hadir sudah diserahkan semalam (13 Nov).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.