Rosmah Mansor dan 2 anak beri keterangan berkaitan 1MDB
Cik Rosmah Mansor hadir di Menara KPJ, Jalan Tun Razak pagi tadi (26 Okt) bersama dua orang anaknya bagi memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
KUALA LUMPUR: Cik Rosmah Mansor hadir di Menara KPJ, Jalan Tun Razak pagi tadi (26 Okt) bersama dua orang anaknya bagi memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Isteri mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak itu yang berbaju kurung putih tiba pada pukul 9.45 pagi bersama dua anaknya iaitu Encik Riza Aziz dan Encik Mohd Norashman yang juga dijangka memberi keterangan berhubung kes yang sama.
Cik Rosmah sebelum ini dijadual memberi keterangan kepada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) semalam (25 Okt) namun proses itu diminta ditangguhkan pada hari ini (26 Okt).
Pada 4 Oktober lepas, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya berkemungkinan memanggil Cik Rosmah bagi mengambil keterangan melibatkan pelbagai kes termasuk 1MDB.
Lebih 50 pengamal media mula berkumpul di bangunan itu yang menempatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman sejak seawal 8.00 pagi tadi (26 Okt) bagi membuat liputan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.