Rosmah dapat pasport ke SG; anak sulung dijangka bersalin hujung Ogos
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: BERNAMA)
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini (17 Ogos) membenarkan permohonan Rosmah Mansor untuk mendapatkan sementara pasportnya ke Singapura bagi membolehkannya melawat anaknya Nooryana Najwa Mohd Najib yang dijangka melahirkan anak ketiga hujung bulan ini.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Hadhariah Syed Ismail, Azman Abdullah dan Azmi Ariffin membenarkan permohonan Rosmah selaku pemohon selepas peguamnya Jagjit Singh memaklumkan bahawa anak guamnya perlu ke negara itu kerana anak sulungnya, Nooryana akan bersalin dalam masa terdekat.
"Anak guam saya memohon pasport itu bagi membolehkannya ke Singapura esok hingga 23 Ogos, 26 Ogos hingga 6 Sep dan 9 Sep hingga 31 Okt ini.
"Pihak pendakwaan juga tidak membantah permohonan ini," kata Encik Jagjit.
Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn mengesahkan pihaknya tidak membantah permohonan berkenaan.
Dalam notis usul itu, Rosmah berkata sehingga ke hari ini beliau tidak pernah gagal atau cuai untuk hadir ke mahkamah bagi sebutan dan perbicaraan tanpa sebab atau alasan yang munasabah.
Menurut Rosmah, beliau akan pulang ke Malaysia untuk menghadiri prosiding rayuan kes rasuah membabitkan projek hibrid solar.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Sep ini untuk pengurusan kes.
Ini adalah kali keempat Rosmah memohon untuk mendapatkan pelepasan pasport antarabangsa untuk ke Singapura, kali pertama pada 15 Okt 2021 untuk melawat Nooryana yang melahirkan anak keduanya, pada 21 Mac lalu untuk melawat anak dan cucunya yang tidak sihat, dan pada 15 Jun bagi melawat anak perempuannya itu.
Nooryana berkahwin dengan warga Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev dan pasangan itu kini menetap di Singapura.
Pada 1 Sep 2022, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta (S$283 juta) terhadap Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion (S$370 juta) untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Mahkamah turut memerintahkan Rosmah, 71 tahun, dihukum penjara 30 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Sumber : Bernama/AW/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.