Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rosmah bukan pemilik Grab, tegas Najib

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menafikan dakwaan bahawa isterinya Rosmah Mansor, adalah pemilik syarikat kereta sewa privet, Grab. 

Anggaran Waktu Membaca:
Rosmah bukan pemilik Grab, tegas Najib

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 14 Oct 2018 05:34PM Dikemas Kini : 14 Oct 2018 05:40PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menafikan dakwaan bahawa isterinya Rosmah Mansor, adalah pemilik syarikat kereta sewa privet, Grab.

Dalam catatan di laman Facebooknya, Encik Najib menekankan bahawa kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) mungkin tidak lagi menggunakan perkhidmatan syarikat itu jika Cik Rosmah benar-benar pemiliknya.

"Saya pasti ramai yang terkejut dengan pengumuman Kementerian Kewangan mahu menggantikan bas perantara MRT dan LRT dengan Grab. Sebelum PRU14, salah satu fitnah yang disebar oleh mereka yang menyokong PH kononnya isteri saya, Rosmah adalah pemilik Uber dan Grab.

"Oleh itu, jika benar isteri saya pemilik Grab, kenapa PH mahu menggunakan Grab? Tuduhan kononnya isteri saya pemilik Grab atau Uber adalah satu lagi fitnah PH untuk menyemarakkan kemarahan orang ramai terhadap saya dan isteri," kata Encik Najib dalam catatannya pada Sabtu (13 Okt).

Menurut Astro Awani, Encik Najib berkata Uber adalah syarikat Amerika Syarikat dan kini bernilai AS$72 bilion (S$99.2 bilion) manakala Grab adalah syarikat tempatan yang dimulakan oleh usahawan muda Malaysia ketika pentadbirannya.

"Grab yang bermula sebagai ‘My Teksi’ berjaya bersaing dan turut menggantikan Uber di Malaysia dan negara di Asia Tenggara - suatu kebanggaan untuk negara.

"Jika benar isteri saya pengasas dan pemilik Uber dan Grab maka dia adalah usahawan paling berjaya di Malaysia yang turut memahat nama di luar negara! Malangnya, ini tidak benar. isteri saya tiada kena-mengena dengan Uber dan Grab," ujarnya lagi.

Astro Awani juga melaporkan Encik Najib tidak menolak kemungkinan dakwaan terhadap isterinya itu timbul apabila beliau mencadangkan kepada Khazanah Nasional untuk melabur dalam Grab ketika mereka baru bermula.

"Bagaimanapun, selepas membuat penilaian, Khazanah tidak membuat pelaburan dalam Grab dan saya tidak meneruskan lagi kerana saya menghormati pendirian mereka. Sudah tentu, Khazanah kesal sekarang kerana syarikat Grab kini sudah bernilai AS$11 bilion (S$15.2 bilion)," kata Encik Najib.  

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan