Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rosmah bersalah atas semua tuduhan rasuah projek solar RM1.25 bilion di Sarawak

Isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib  Razak, itu didapati bersalah menerima rasuah membabitkan projek kerajaan Malaysia untuk membekalkan tenaga suria kepada sekolah luar bandar di Sarawak. 

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Malaysia pada Khamis (1 Sep) mendapati Rosmah Mansor bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion (S$390 juta) untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah terhadap Rosmah.

Rosmah, 70 tahun, dituduh meminta RM187.5 juta (S$58.8 juta) dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta (S$2.04 juta) daripada Saidi Abang Samsudin, yang ketika itu pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd melalui bekas pembantunya Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion itu.

Pada 18 Feb tahun lepas, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia Najib  Razak itu diperintah membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Setelah memanggil dua saksi iaitu tertuduh sendiri dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Siti Azizah Sheikh Abod, pihak pembelaan menutup kes pada 23 Feb lepas.

Sumber : Bernama/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan