Rosmah beri keterangan di SPRM lagi
Cik Rosmah Mansor tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini (26 Sep).
PUTRAJAYA: Cik Rosmah Mansor tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini (26 Sep).
Ini merupakan kali kedua dalam tempoh tiga bulan isteri mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak itu dipanggil ke SPRM untuk soal siasat.
Menurut laporan Malaysiakini, Cik Rosmah yang kelihatan berbaju kurung hijau, tiba bersama seorang pembantu pada kira-kira pukul 9.50 pagi.
Beliau kelihatan tersenyum dan malah sempat berbual-bual dengan pegawai SPRM yang menunggunya di lobi.
Menurut Malaysiakini, beliau mungkin ditahan hari ini dan didakwa di mahkamah esok.
Ketika ditanya tentang perkara itu, peguamnya K Kumaraendran berkata beliau tidak tahu-menahu tentang perkara itu.
Bagaimanapun, ketika dihubungi, timbalan pesuruhjaya SPRM (Operasi) Azam Baki menafikan Cik Rosmah akan ditahan dan didakwa.
"Itu tidak betul," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Pada 5 Jun lalu, Cik Rosmah dipanggil buat kali pertama dan disoal siasat selama lima jam bagi membantu siasatan terhadap bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.