Skip to main content

Dunia

Rosmah bayar ikat jamin RM1 juta

Isteri mantan Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang didakwa atas 12 tuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta dan lima tuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, hari ini (8 Okt) membayar jaminan RM1 juta. 

Anggaran Waktu Membaca:
Rosmah bayar ikat jamin RM1 juta

Datin Seri Rosmah Mansor. (Gambar: SAEED KHAN / AFP)

Diterbitkan : 08 Oct 2018 03:40PM Dikemas Kini : 08 Oct 2018 03:42PM

KUALA LUMPUR: Isteri mantan Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang didakwa atas 12 tuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta (S$2.3 juta) dan lima tuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hari ini (8 Okt) membayar jaminan RM1 juta (S$330,000) daripada jumlah keseluruhan RM2 juta (S$670,000) yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen.

Dua wanita yang dipercayai penjamin Cik Rosmah hadir ke mahkamah kira-kira 10.15 pagi dan terus menuju ke kaunter bayaran jaminan di tingkat bawah Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menandatangani dokumen berkaitan urusan ikat jamin.

Dua wanita itu meninggalkan Kompleks Mahkamah pada 11.15 pagi dengan sebuah kenderaan.

Pada Khamis lalu (4 Sep), Mahkamah Sesyen mengarahkan Cik Rosmah, yang diwakili barisan peguam diketuai Encik K. Kumaraendran membayar ikat jamin RM500,000 (S$160,000) pada hari itu dan bakinya pada atau sebelum 11 Okt.

Setakat ini, Cik Rosmah sudah melunaskan RM1.5 juta (S$500,000) daripada jumlah RM2 juta (S$670,000) itu.

Pada 4 Oktober lalu, Cik Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta (S$2.3 juta) dan lima tuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada LHDN.

Mahkamah membenarkan Cik Rosmah diikat jamin RM2 juta (S$670,000) dengan dua orang penjamin bagi kesemua tuduhan dengan dua syarat menyerahkan dua pasport kepada mahkamah serta tidak mempengaruhi saksi dan bakal saksi pendakwaan selain menetapkan 8 November untuk sebutan semula kes. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita