Rompin catat bacaan mutu udara tidak sihat akibat kebakaran ladang
Kebakaran itu menyumbang kepada peningkatan bacaan PSI, dengan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) menunjukkan bacaan 152 dari pukul 9.00 pagi hingga 5 petang. (Gambar: JBPM)
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Zakaria Ahmad berkata kebakaran itu menyumbang kepada peningkatan bacaan PSI, dengan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) menunjukkan bacaan 152 dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
“Masyarakat dinasihati agar mengurangkan aktiviti luar dan menjaga kesihatan, khususnya individu yang berisiko,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuantan pada Ahad.
Encik Zakaria memaklumkan notis di bawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 diserahkan kepada pengurus ladang pada 27 Mac bagi mengambil tindakan mengawal kebakaran dan mengemukakan laporan ke pejabat JAS Cawangan Rompin.
Pada masa sama, beliau mengingatkan masyarakat agar lebih bertanggungjawab dengan tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh memberi kesan buruk kepada pelbagai pihak selain boleh dihukum denda atau penjara di bawah Seksyen 29A akta sama.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan hampir 60 hektar daripada 300 hektar kebakaran di sebuah ladang kelapa sawit di Rompin dipadamkan setakat pukul 5.00 petang Sabtu dengan operasi pemadaman diteruskan pada Ahad.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.