Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rompakan dalam lif MRT: Suspek cukur rambut cuba elak dicam

Helah suspek kes samun dalam lif MRT Taman Mutiara, Khamis lepas mencukur kepala agar tidak dapat dicam identitinya tidak berjaya apabila polis berjaya mengesan dan menahannya di sebuah rumah di Taman Cheras pada Isnin malam (18 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Rompakan dalam lif MRT: Suspek cukur rambut cuba elak dicam

Suspek kes rompakan di lif stesen MRT (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 20 Feb 2019 04:05PM Dikemas Kini : 20 Feb 2019 04:15PM

KUALA LUMPUR: Helah suspek kes samun dalam lif MRT Taman Mutiara, Khamis lepas mencukur kepala agar tidak dapat dicam identitinya tidak berjaya apabila polis berjaya mengesan dan menahannya di sebuah rumah di Taman Cheras pada Isnin malam (18 Feb).

Bertindak atas maklumat risikan, serbuan pukul 8.10 malam itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata ketika serbuan suspek hanya seorang diri dan tiada orang lain dalam rumah berkenaan.

“Suspek berusia 26 tahun telah ditahan dan sebanyak 19 buah telefon pebagai jenama, kad-kad ATM pelbagai bank, alatan bagi kegiatan pecah premis dan sebuah motosikal berwarna merah yang digunakan suspek bagi kegiatan samun.

“Hasil siasatan mendapati, suspek mengaku terlibat dalam lapan kejadian ragut, samun dan pecah premis di sekitar Cheras sejak 2014 dan mempunyai empat rekod lampau,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen(IPK) Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, saringan air kencing juga menunjukkan suspek positif bagi ekstasi dan syabu serta dipercayai melakukan kegiatan samun pada Khamis lepas di bawah pengaruh dadah.

Encik Mazlan berkata suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 25 Feb di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan ketika samun. Selain itu, suspek juga merupakan anggota kongsi gelap Geng 08 berdasar tatu ‘08’ di badannya.

Encik Mazlan berkata suspek melakukan jenayah secara solo namun pihaknya akan menyiasat lebih lanjut sekiranya dia mempunyai rakan jenayah yang lain.

“Orang ramai juga diminta berhati-hati dengan keadaan persekitaran dan elakkan bersendirian dan pemantauan oleh pengawal keselamatan dan pemasangan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perlu dilakukan bagi mengelak kejadian yang sama berulang,” katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6.45 pagi Khamis lepas, mangsa seorang wanita berusia 48 tahun, diserang seorang lelaki ketika menaiki lif di Stesen MRT Taman Mutiara.

Berdasarkan rakaman CCTV selama 55 saat itu, mangsa yang menaiki lif seorang diri, dipukul dan ditendang suspek sebelum melarikan kad pengenalan, kad bank dan wang tunai RM400 (S$133). Wajah penjenayah itu juga agak jelas.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan