Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rompakan dalam lif: Ganjaran RM10,000 bagi pemberi maklumat

Ganjaran sebanyak RM10,000 (S$3,322) ditawarkan kepada mana-mana pihak yang memberikan maklumat bagi membantu menangkap seorang lelaki yang menyerang dan merompak seorang wanita di dalam lif di stesen MRT di ibu kota Malaysia, menurut laporan media tempatan hari ini (17 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Rompakan dalam lif: Ganjaran RM10,000 bagi pemberi maklumat

Petikan rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita dirompak dalam lif (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 Feb 2019 05:18PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 05:23PM

PETALING JAYA: Ganjaran sebanyak RM10,000 (S$3,322) ditawarkan kepada mana-mana pihak yang memberikan maklumat bagi membantu menangkap seorang lelaki yang menyerang dan merompak seorang wanita di dalam lif di stesen MRT di ibu kota Malaysia, menurut laporan media tempatan hari ini (17 Feb).

Ganjaran tersebut ditawarkan oleh Anggota Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, yang marah terhadap tindakan perompak berkenaan ke atas mangsa, menurut laporan-laporan berita Malaysia.

"Yang paling saya takuti ialah, jika dia tidak ditangkap secepat mungkin, tindakannya mungkin akan mempengaruhi penjahat lain untuk melakukan jenayah dengan cara yang sama iaitu dalam lif atau mana-mana tempat yang terlindung di merata negara," kata Encik Lim, seperti yang dipetik oleh akhbar The Sun Daily.

"Mereka juga mungkin akan menyasarkan mangsa daripada pelbagai usia, termasuk golongan lelaki, atau bergerak secara kumpulan."

Mangsa dalam kejadian belasah dan samun itu, yang berusia 48 tahun, ditendang beberapa kali dalam lif di stesen MRT Taman Mutiara, Cheras pada pagi Khamis (14 Feb).

Wanita berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tubuhnya. Wang tunai RM400 (S$132) serta kad identiti dan kad-kad banknya turut dirompak.

Rakaman CCTV berhubung jenayah itu turut menjadi tular di Malaysia.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan