Skip to main content

Dunia

Rompakan bersenjata sasar butik Chanel di Paris

Anggaran Waktu Membaca:

PARIS: Sekumpulan pencuri bersenjata bertindak memecah masuk butik mewah Chanel di Paris pada Rabu (4 Mei), menurut polis Perancis.

Rompakan yang dianggarkan bernilai berjuta-juta euro itu berjaya dirakam oleh orang awam.

Empat pencuri yang memakai topi keledar dan bertopeng hitam melarikan diri menggunakan dua buah motosikal selepas merompak butik Chanel, kedai jam tangan dan barang kemas mewah di Rue de la Paix, sebuah lorong membeli-belah yang terkenal di Paris.

Sekurang-kurangnya seorang perompak bersenjatakan senapang AK-47.

Video itu dirakam oleh orang awam yang lalu lalang dan disiarkan di media sosial.

Butik tersebut ditutup buat sementara waktu dan pejabat pendakwa raya telahpun membuka kertas siasatan.

Sumber : Bernama/AW/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita