Rombongan Hamas akan ke Mesir untuk teruskan rundingan gencatan senjata, kata Haniyeh
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Reuters)
GAZA: Ketua Hamas Ismail Haniyeh berkata pada Khamis (2 Mei) bahawa satu delegasinya akan ke Mesir dalam masa terdekat bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Carikan Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Ini merupakan hasil perbualan telefon antara Haniyeh dengan Ketua Perisikan Mesir Abbas Kamel.
Menurut kenyataan Hamas, Haniyeh memberitahu Kamel bahawa satu delegasi kumpulan itu akan kembali ke Mesir dalam masa terdekat untuk meneruskan perbincangan bagi mencapai satu persetujuan untuk memenuhi permintaan rakyat Palestin dan menghentikan serangan.
Perbincangan secara tidak langsung antara Israel dan Hamas telah berlangsung di Mesir dan Qatar menyasarkan persetujuan yang merangkumi pertukaran tawanan dengan tahanan Israel akan dilepaskan dengan pembebasan warga Palestin daripada penjara Israel.
Tel Aviv percaya lebih 130 warga Israel ditahan di Gaza sementara Israel menahan kira-kira 9,100 warga Palestin di dalam penjaranya.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berkata pada Isnin Israel memberikan Hamas satu tawaran yang “baik” supaya membebaskan tahanan Israel yang akan membawa kepada satu gencatan senjata di Gaza.
Tawaran terbaharu itu termasuk kesediaan Israel untuk membincangkan “pemulihan kembali ketenangan berpanjangan” di Gaza selepas pembebasan awal tahanan atas dasar kemanusiaan, dua pegawai Israel memberitahu laman berita Axios.

Sumber : Bernama/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.