Skip to main content

Dunia

Rombakan terbesar undang-undang buruh di India gugat kesatuan sekerja, perniagaan

Anggaran Waktu Membaca:
Rombakan terbesar undang-undang buruh di India gugat kesatuan sekerja, perniagaan
Kakitangan sebuah kilang pakaian di Tiruppur, di bahagian selatan Tamil Nadu, India, pada 21 April 2025. (Gambar: Reuters/Francis Mascarenhas)
Diterbitkan : 09 Dec 2025 09:02PM Dikemas Kini : 09 Dec 2025 09:04PM
MUMBAI: Empat kod buruh baharu pemerintah India menyasar untuk menyelaraskan lebih 1,400 peraturan sedia ada kepada kira-kira 350, serta memodenkan peraturan yang bermula sejak zaman penjajahan.

Matlamatnya adalah untuk merasmikan ekonomi gig India yang lebih luas, memperkukuh perlindungan gaji, meningkatkan akses kepada kebajikan dan membawa lebih ramai wanita ke dalam tenaga kerja.

Namun, pelaksanaan undang-undang baharu itu mungkin mengambil masa berbulan-bulan.

Banyak butiran, seperti peraturan mengenai gaji minimum dan pelonggaran sekatan ke atas wanita yang bekerja syif malam atau dalam peranan kilang tertentu, belum dimuktamadkan.

DITENTANG KESATUAN SEKERJA

Sungguhpun demikian, kesatuan sekerja mengambil pendirian tegas terhadap pembaharuan tersebut, kerana bimbang perubahan tersebut akan memudahkan pemberhentian pekerja.

Di bawah rangka kerja baharu itu, syarikat-syarikat yang mempunyai sehingga 300 pekerja boleh memberhentikan pekerja tanpa mendapatkan kebenaran pemerintah terlebih dahulu - naik tiga kali ganda daripada ambang sebelumnya iaitu 100 orang.

Sepanjang bulan lalu, New Delhi menyaksikan banyak bantahan terhadap peraturan baharu tersebut.

“Kod buruh memberikan semua hak pekerja kepada syarikat. Itulah yang paling membimbangkan,” kata seorang penunjuk perasaan kepada Mediacorp semasa satu demonstrasi baru-baru ini.

Para penunjuk perasaan di perhimpunan tersebut menentang empat kod buruh baharu pemerintah India, di New Delhi.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita