Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rombakan Kabinet Sabah diumum selepas Hajiji Noor bertemu PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
Rombakan Kabinet Sabah diumum selepas Hajiji Noor bertemu PM Anwar

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah yang juga Pengerusi GRS, Hajiji Noor. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Rombakan Kabinet Sabah hanya akan diumumkan selepas pertemuan antara Ketua Menteri Hajiji Noor dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Astro Awani, pertemuan berkenaan dijangka berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah, sekembalinya Encik Anwar dari lawatan rasminya ke Jakarta, Indonesia, dari 8 hingga 9 Januari.
Sumber dalaman Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata senarai ahli Jemaah Menteri baru kerajaan negeri itu sebenarnya diadakan pada Isnin.

Malah, tambah sumber itu lagi, di sesi menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin pada petang Sabtu (7 Jan), Encik Hajiji turut memaklumkan mengenai senarai barisan kabinet baru itu.

“Dalam sesi menghadap semalam, Pengerusi (GRS) memaklumkan antaranya dua perkara, iaitu mempunyai sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan senarai kabinet negeri yang baru."

“Bagaimanapun, senarai kabinet baru itu hanya akan diumumkan selepas pertemuan Perdana Menteri dan Hajiji, dijangka Isnin malam."

"Sebab, Anwar ketika ini dalam lawatan kerja ke Indonesia. Balik dari Jakarta terus ke Kota Kinabalu,” katanya kepada Astro AWANI.

Pada Sabtu, Encik Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), memaklumkan akan memberi tumpuan khusus kepada isu politik di Sabah sebaik sahaja pulang daripada mengadakan lawatan rasmi ke Jakarta.

Beliau juga sudah berhubung dengan Encik Hajiji ekoran kemelut politik negeri itu pada ketika ini.

Manakala, jelas beliau, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi juga sudah bercakap dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin berhubung perkara sama.

Encik Anwar bagaimanapun menyifatkan konflik politik yang melanda negeri itu sebagai masih terkawal.
Encik Hajiji pula pada petang Sabtu menghadap Encik Juhar di Istana Seri Kinabalu kira-kira sejam selepas dilihat memasuki pekarangan istana pada jam 4.22 petang.

Pada Jumaat, Encik Hajiji dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan bahawa akan berlaku rombakan kabinet negeri yang bakal diumumkan dalam waktu terdekat.

Politik Sabah mencetus pergolakan selepas Encik Bung Moktar mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri yang dipimpin GRS-BN.

Keputusan UMNO dan BN Sabah itu dibuat berikutan hilang kepercayaan terhadap kedudukan Encik Hajiji sebagai Ketua Menteri, selain perjanjian antara BN dengan Perikatan Nasional (PN) dilanggar.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan