Rombakan Kabinet PM Anwar Ibrahim dijangka diumum hari ini
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Satu majlis mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara dijadual berlangsung pada pagi Selasa (12 Dis).
Perkara itu dimaklumkan oleh sumber terdekat Dewan Negara kepada Astro Awani selepas mendapati urusan tersebut tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat.
Bagaimanapun, sumber itu tidak pula menyatakan nama dan jumlah individu yang akan mengangkat sumpah.
Majlis tersebut dijadual berlangsung pada pukul 10.00 pagi di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Negara, lapor Astro Awani.
Dalam pada itu, Istiadat Angkat Sumpah Menteri dijadual akan berlangsung di Istana Negara pada jam 3.00 petang Selasa, menandakan rombakan Kabinet pertama di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Menurut sumber dari Putrajaya, beberapa Menteri akan ditukar portfolio dan Jabatan Wilayah Persekutuan akan kembali dinaik taraf menjadi Kementerian.
Bagaimanapun, difahamkan rombakan ini tidak akan melibatkan lebih dari enam orang, dengan tumpuan kepada beberapa kementerian termasuk jawatan Menteri Kewangan Kedua.
Beberapa sumber yang rapat dengan koridor kuasa menjangkakan sosok yang pernah menjawat jawatan Menteri sebelum ini dijangka kembali 'beraksi' sebagai pemain utama.
Persoalan seterusnya, siapa bakal menggantikan Allahyarham Salahuddin Ayub sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Sumber sama turut memaklumkan, mungkin sosok teknokrat bakal diserap ke dalam Kabinet Perpaduan Kerajaan Madani, seperti dinukil laporan Astro Awani.
Sekali lagi persoalannya, adakah individu tersebut adalah tokoh yang tidak asing dalam arena Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?
Selain itu difahamkan kebanyakan Ahli Parlimen UMNO yang menjadi menteri akan terus kekal dengan portfolio kementerian masing-masing.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.