Roller coaster Sunway Lagoon kekal ditutup sementara siasatan mengenai kemalangan diteruskan
Pihak Sunway Lagoon Sdn Bhd akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan selain memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan. (Gambar: Laman web Sunway Lagoon)
Sunway Lagoon Sdn Bhd dalam satu kenyataan pada Rabu (2 Sep) memaklumkan pihaknya terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan selain memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan.
"Taman Tema Sunway kekal komited dalam memastikan tahap keselamatan tertinggi di seluruh operasi taman tema kami. Keselamatan dan kesejahteraan para pengunjung sentiasa menjadi keutamaan kami,” jelasnya.
Syarikat itu turut mengesahkan bahawa semua pengunjung yang menjalani rawatan dan pemeriksaan di hospital menyusuli insiden berkenaan sudah dibenarkan pulang.
"Kami memahami bahawa insiden ini merupakan satu pengalaman yang sukar dan mencemaskan bagi mereka yang terlibat selain menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga masing-masing.
"Kami amat kesal terhadap insiden yang berlaku dan akan terus berhubung dengan pengunjung yang mengalami kecederaan bagi memastikan kebajikan serta keperluan mereka diberikan perhatian sewajarnya," menurutnya.
Syarikat itu menegaskan bahawa keselamatan dan kesejahteraan tetamu sentiasa diutamakan.
"Kami mengambil serius kebimbangan yang timbul susulan insiden berkenaan dan komited untuk memastikan semua aspek berkaitan keselamatan ditangani dengan sewajarnya," jelasnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.