Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rokok elektronik cetus kebakaran dalam pesawat American Airlines

Rokok elektronik yang terlalu panas mencetuskan satu kebakaran di dalam pesawat American Airlines.

Anggaran Waktu Membaca:
Rokok elektronik cetus kebakaran dalam pesawat American Airlines

Gambar fail pesawat American Airlines di Washington, DC. (Gambar: Joshua Roberts/Reuters)

Diterbitkan : 08 Jan 2019 01:31PM Dikemas Kini : 08 Jan 2019 01:34PM

CHICAGO: Rokok elektronik yang terlalu panas mencetuskan satu kebakaran di dalam pesawat American Airlines.

Insiden itu berlaku sejurus selepas pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare di Chicago pada sebelah malam Jumaat (4 Jan), menurut media Amerika Syarikat.

Akhbar USA Today menukil jurucakap American Airlines, Ross Feinstein, sebagai berkata semalam (7 Jan) bahawa kebakaran kecil itu berjaya dipadamkan oleh kru pesawat yang dilatih untuk menangani kebakaran-kebakaran melibatkan bateri kuasa tinggi.

Syarikat penerbangan American Airlines turut mengeluarkan satu kenyataan kepada Newsweek, bagi memaklumkan bahawa kesemua 138 penumpang dan enam anak kapalnya tidak mengalami sebarang kecederaan akibat insiden tersebut.

Kenyataan itu menambah: "Kami berterima kasih kepada para anak kapal yang dengan pantas bertindak untuk memastikan agar para penumpang kami selamat."

Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat membolehkan rokok elektronik dan peralatan 'vape' untuk dibawa ke dalam pesawat, tetapi ia tidak dibenarkan dimasukkan ke dalam bagasi yang didaftar masuk. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan