Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Roket SpaceX meletup selepas pendaratan

Sebuah roket SpaceX tanpa pemandu meletup di darat pada Rabu (3 Mac) selepas melakukan penerbangan dan pendaratan yang kelihatan berjaya.

Anggaran Waktu Membaca:
Roket SpaceX meletup selepas pendaratan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 Mar 2021 03:15PM Dikemas Kini : 04 Mar 2021 03:16PM

WASHINGTON: Sebuah roket SpaceX tanpa pemandu meletup di darat pada Rabu (3 Mac) selepas melakukan penerbangan dan pendaratan yang kelihatan berjaya.

Ini adalah kegagalan ketiga berturut-turut yang membabitkan prototaip roket Starship, yang diharapkan SpaceX suatu hari nanti akan dihantar ke Marikh.

Dua ujian penerbangan terakhir berakhir dalam kemalangan.

"Pendaratan yang baik," kata pengulas SpaceX dalam siaran langsung penerbangan ujian, walaupun api keluar di bahagian bawah dan kru berusaha memadamkannya.

Roket itu meletup beberapa minit kemudian. Ia melambung ke udara dan jatuh kembali ke tanah.

Tiada penjelasan segera diberikan.

Seperti yang dilihat pada video SpaceX, roket tersebut kelihatan telah mendarat dengan betul selepas penerbangannya.

Pengasas SpaceX, Elon Musk telah membangunkan roket Starship generasi seterusnya dengan tujuan pergi ke Marikh - walaupun dua prototaip meletup dengan cara yang luar biasa ketika ujian terbarunya.

Prototaip terbaru, yang dinamakan SN10, untuk 'nombor siri 10', dilancarkan sejurus sebelum sebelum 1120 GMT dari Boca Chica, Texas.

Dua prototaip lain (SN8 dan SN9) terhempas ketika mendarat, masing-masing pada bulan Disember dan awal Februari.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan