Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Rohana Rozhan telah memulangkan wang AS$10 juta (S$13.33 juta) dan aset dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Kerajaan Malaysia.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kesemua wang termasuk aset terbabit dipulangkan kepada kerajaan pada tahun lepas selepas siasatan suruhanjaya itu selesai.
Sumber itu memaklumkan siasatan mendapati Rohana tidak mempunyai pengetahuan tentang sumber dana dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB yang dihantar oleh bekas rakan kongsi Goldman Sachs Inc, Tim Leissner.
“Sehubungan itu, Rohana telah memulangkan keseluruhan jumlah wang dan aset tersebut secara sukarela kepada Kerajaan Malaysia.
Oleh demikian, siasatan membabitkan Rohana berkaitan dengan dana 1MDB selesai dan tiada tindakan undang-undang susulan terhadapnya,” menurut sumber itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut.
Pada 7 Mac lepas, Encik Azam berkata sehingga kini jumlah keseluruhan aset 1MDB yang berjaya dikembalikan adalah sebanyak RM28.93 bilion (S$8.71 bilion) iaitu kira-kira 70 peratus.

Sumber : Bernama/SU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.