Skip to main content

Dunia

Rogol anak tiri, lelaki dihukum penjara 17 tahun, sebat 10 kali

Seorang juruteknik dihukum penjara 17 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang hari ini (28 Nov) selepas didapati bersalah merogol anak perempuan tirinya, dua tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Rogol anak tiri, lelaki dihukum penjara 17 tahun, sebat 10 kali

Gambar fail seseorang digari. (Gambar/TODAY)

Diterbitkan : 28 Nov 2018 09:11PM Dikemas Kini : 28 Nov 2018 09:16PM

KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik dihukum penjara 17 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang hari ini (28 Nov) selepas didapati bersalah merogol anak perempuan tirinya, dua tahun lalu.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh yang berumur 28 tahun selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM10,000 (S$3,280) kepada RM20,000 (S$6,560).

Mengikut tuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu berumur 14 tahun tujuh bulan, di ruang tamu sebuah rumah di Pandan Indah, di sini pada 11.00 malam, Februari 2016.

Lelaki itu yang kini bercerai dengan ibu mangsa didakwa mengikut Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh mengambil kira kesan trauma yang dialami mangsa selain tertuduh merancang untuk melakukan perbuatan keji itu apabila melakukannya ketika tiada sesiapa di rumah.

Peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff yang mewakili tertuduh merayu supaya anak guamnya dijatuhi hukuman ringan dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama tertuduh dan dia perlu menyara kedua ibu bapanya.

Seramai enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula Januari tahun ini.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita