Rodriguez gesa hubungan seimbang antara Venezuela dan Amerika
Pemangku presiden Venezuela Delcy Rodriguez pada Ahad (4 Jan) menyeru hubungan yang “seimbang dan saling menghormati” dengan Amerika Syarikat, sehari selepas pasukan Amerika Syarikat menyerang Caracas dan menahan pemimpin berhaluan kiri Nicolas Maduro.
Anggaran Waktu Membaca:
MEXICO CITY: Pemangku presiden Venezuela Delcy Rodriguez pada Ahad (4 Jan) menyeru hubungan yang “seimbang dan saling menghormati” dengan Amerika Syarikat, sehari selepas pasukan Amerika Syarikat menyerang Caracas dan menahan pemimpin berhaluan kiri Nicolas Maduro.
“Kami menganggapnya sebagai satu keutamaan untuk bergerak ke arah hubungan yang seimbang dan saling menghormati antara Amerika Syarikat dan Venezuela,” tulis Cik Rodriguez, naib presiden kepada Encik Maduro, di Telegram.
“Kami menghulurkan jemputan kepada pemerintah Amerika Syarikat untuk bekerjasama dalam satu agenda kerjasama yang bertujuan mencapai pembangunan bersama.”
Kenyataan terbaharunya itu merupakan perubahan daripada kenyataan yang dibuat pada awal pada Sabtu, selepas mahkamah tertinggi Venezuela mengarahkannya untuk mengambil alih peranan sebagai presiden buat sementara waktu.
Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen ketika itu, Cik Rodriguez tidak memberi sebarang petunjuk bahawa beliau akan bekerjasama dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, sebaliknya merujuk kepada pemerintahnya sebagai “ekstremis”.
“Satu-satunya presiden Venezuela, Presiden Nicolas Maduro,” kata Cik Rodriguez, yang dikelilingi para pegawai awam kanan dan pemimpin tentera. “Apa yang dilakukan terhadap Venezuela adalah satu kekejaman yang melanggar undang-undang antarabangsa.”
Cik Rodriguez sudah berkhidmat sebagai naib presiden kepada Encik Maduro sejak 2018, menyelia sebahagian besar daripada ekonomi Venezuela yang bergantung kepada minyak serta perkhidmatan perisikan negara yang digeruni. Beliau adalah pengganti seterusnya dalam barisan kepimpinan presiden.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.