Skip to main content

Dunia

Robot ini guna cahaya UV basmi virus dalam pesawat penumpang

Sebuah robot yang dilengkapi dengan lampu ultraungu (UV) untuk membunuh virus sedang diuji dalam pesawat di Switzerland. Ia merupakan satu lagi idea yang bertujuan untuk memulihkan keyakinan penumpang dan mengurangkan kesan pandemik terhadap industri penerbangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Robot ini guna cahaya UV basmi virus dalam pesawat penumpang

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 01 Apr 2021 06:42PM Dikemas Kini : 01 Apr 2021 06:44PM

ZURICH: Sebuah robot yang dilengkapi dengan lampu ultraungu (UV) untuk membunuh virus sedang diuji dalam pesawat di Switzerland. Ia merupakan satu lagi idea yang bertujuan untuk memulihkan keyakinan penumpang dan mengurangkan kesan pandemik terhadap industri penerbangan.

UVeya, sebuah syarikat pemula dari Switzerland, sedang menjalankan uji cuba robot-robot itu bersama syarikat khidmat lapangan terbang yang berpangkalan di Dubai, Dnata dalam pesawat Embraer dari Helvetic Airways, iaitu syarikat penerbangan sewa ang dimiliki oleh jutawan Swiss Martin Ebner.

Para pembuat pesawat mesti mengesahkan peranti tersebut dan sedang mengkaji kesan cahaya UV terhadap upholsteri dalaman yang mungkin luntur setelah melalui banyak proses pembasmian kuman, kata pengasas bersama UVeya Jodoc Elmiger.

Sungguhpun demikian, beliau berharap robot-robot itu akan dapat meredakan kebimbangan orang ramai untuk menaiki pesawat walaupun virus COVID-19 terus menular.

"Ia adalah teknologi yang sudah terbukti, ia sudah digunakan lebih 50 tahun di hospital dan makmal, ia sangat berkesan," kata Encik Elmiger pada Rabu (31 Mac). "Ia tidak meninggalkan sebarang kesan atau sisa."

Pasukan Encik Elmiger membina tiga prototaip sejauh ini, dengan salah satu daripadanya digunakan sebagai demonstrasi dalam pesawat Helvetic di Lapangan Terbang Zurich, di mana jumlah penumpang di sana menjunam 75 peratus pada tahun lalu.

Lampu UV pada robot itu yang dipasang pada sebuah bingkai, mengeluarkan cahaya berwarna biru sambil ia bergerak dalam pesawat itu. Sebuah robot dapat menghapuskan kuman di dalam pesawat dalam masa 13 minit, dengan pesawat lebih besar akan mengambil masa lebih lama.

Para eksekutif Dnata berharap pembuat pesawat akan membeli robot-robot itu. Encik Elmiger menganggarkan ia mungkin dijual pada harga kira-kira 15,000 Swiss franc (S$21,361) sedang pemerintah-pemerintah dunia melaksanakan langkah-langkah baru bagi memastikan para penumpang tidak jatuh sakit.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita