Robot bernama Grace ini siap untuk rawat pesakit COVID-19
Pandemik COVID-19 membuat teknologi berkembang jauh lebih cepat dari sebelumnya.
HONG KONG: Pandemik COVID-19 membuat teknologi berkembang jauh lebih cepat dari sebelumnya.
Ketika aturan jaga jarak selamat menjadi satu norma baru demi mencegah terjadinya penyebaran COVID-19, robot-robot humanoid semakin membuat kemunculan untuk menggantikan interaksi langsung.
Terbaru, robot humanoid bernama Grace yang disasarkan bagi pasaran jagaan kesihatan, lebih tepat lagi untuk menemani warga emas dan pesakit COVID-19 dalam pengasingan.
Grace merupakan saudara Sophia, satu lagi robot humanoid selebriti yang dicipta oleh Hanson Robotic di Hong Kong.
Grace memiliki ciri-ciri Asia dan dipasang kamera di dada untuk mengukur suhu badan dan respons pesakit.
Robot tersebut menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mendiagnosis pesakit dan boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, Mandarin, dan Kantonis.
Menurut David Hanson, pemilik perusahaan robotik itu, Grace dibuat mirip dengan karyawan jagaan kesihatan bagi meringankan beban kakitangan hospital selama pandemik ini.
“Penampilannya seperti manusia memudahkan pesakit untuk berinteraksi dengannya,” ujar Encik Hanson sambil menjelaskan bahawa Grace dapat menggerakkan lebih 48 otot wajah utama, dan memiliki sikap yang menenangkan seperti watak anime, yang seringkali hasil gabungan gaya Asia dan Barat.
Menurut David Lake, CEO Awakening Health, usahasama antara Hanson Robotics dan Singularity Studio, mereka merancang untuk mengeluarkan versi beta Grace secara besar-besaran pada Ogos selain menggunakan robot itu sepenuhnya tahun depan di beberapa negara termasuk Hong Kong, tanah besar China, Jepun, dan Korea.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.