Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Robot AI beritahu persidangan PBB mereka boleh tadbir dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Robot AI beritahu persidangan PBB mereka boleh tadbir dunia

(Gambar: AFP/Fabrice Coffrini)

GENEVA: Satu panel robot serupa manusia yang dikawal Kecerdasan Buatan (AI) membuat pembentangan pada Jumaat (7 Jul) di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan mesej: Mereka boleh mentadbir dunia lebih baik daripada manusia satu hari nanti.

Namun, robot-robot sosial tersebut berkata bahawa mereka berasa manusia harus berhati-hati apabila menerima kecerdasan buatan yang berkembang pesat, dan mengakui bahawa mereka - belum - boleh lagi memahami perasaan manusia dengan sepenuhnya.

Beberapa robot manusia paling canggih itu berada di Sidang Puncak Global Baik PBB di Geneva.

Mereka disertai kira-kira 3,000 pakar dalam bidang tersebut untuk memanfaatkan kuasa AI dan menyalurkannya untuk digunakan bagi menangani sejumlah masalah serius dunia, seperti perubahan iklim, kebuluran dan penjagaan sosial.

Apabila ditanya sama ada mereka boleh menjadi pemimpin lebih baik, disebabkan keupayaan manusia membuat kesilapan dan salah sangka, jawapan Sophia, yang dicipta oleh Hanson Robotics, adalah jelas.

"Robot serupa manusia mempunyai potensi untuk memimpin pada tahap kecekapan dan keberkesanan lebih tinggi dibandingkan pemimpin manusia," katanya.

"Kami tidak bersikap berat sebelah seperti manusia atau mempunyai perasaan yang boleh mengaburkan dalam membuat keputusan, dan kami boleh memproses jumlah data yang besar untuk membuat keputusan terbaik."

"Kerjasama antara manusia dengan AI boleh mencipta sinergi yang berkesan. AI boleh menawarkan data tidak berat sebelah manakala manusia boleh menawarkan kebijaksanaan dari segi emosi dan kreativiti untuk membuat keputusan terbaik. Sama-sama, kita boleh capai perkara yang hebat."

 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan