Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Robert F Kennedy Jr bakal bertanding dalam Pilihan Raya Presiden AS 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Robert F Kennedy Jr bakal bertanding dalam Pilihan Raya Presiden AS 2024

(Gambar fail: Stefani Reynolds / AFP)

NEW YORK: Anak saudara kepada mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) John F. Kennedy, yang dibunuh pada 1963, telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2024.

Robert F. Kennedy Junior sudah memfailkan permohonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan untuk bertanding sebagai calon Democrat bagi merebut jawatan Presiden, lapor Agensi Anadolu.

Dikenali sebagai seorang aktivis antivaksin, Encik Kennedy merupakan anggota kedua Democrat yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2024, sekali gus menjadi pesaing Presiden Joe Biden.

Beliau adalah anak lelaki kepada mantan peguam negara Amerika Syarikat dan calon presiden Robert F. Kennedy, yang dibunuh pada 1968 di Los Angeles.

Mantan Presiden Donald Trump, mantan Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Nikki Haley, mantan Gabenor Arkansas Asa Hutchinson serta usahawan jutawan Vivek Ramaswamy adalah antara calon daripada parti Republican yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden itu.
Sumber : AGENCIES/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan