RM1.2 bilion diperlukan jika M'sia adakan pilihan raya mengejut di tengah COVID-19
Persidangan Dewan Rakyat hari ini (12 Ogos) diberitahu sebanyak RM1.2 bilion (S$3.9 juta) diperlukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika pilihan raya umum mengejut diadakan dalam tempoh penularan COVID-19 sekarang.
(Gambar: Reuters)
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini (12 Ogos) diberitahu sebanyak RM1.2 bilion (S$3.9 juta) diperlukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika pilihan raya umum mengejut diadakan dalam tempoh penularan COVID-19 sekarang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berkata jumlah itu adalah anggaran untuk melaksanakan proses pilihan raya dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19.
"SPR memaklumkan sekiranya kerajaan adakan pilihan raya snap (mengejut) untuk seluruh negara pada masa ini, pasca-COVID-19, dianggarkan perbelanjaan sebanyak RM1.2 bilion (S$3.9 juta) diperlukan," katanya menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.