Riyadh tuan rumah Piala Dunia Esports kedua
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan. (Gambar: iStock)
RIYADH: Edisi kedua Piala Dunia Esports akan bermula pada Isnin (7 Jul) di Riyadh, menghimpunkan lebih 2,000 pemain profesional mewakili 200 kelab dari lebih 100 negara, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Pertandingan itu akan berlangsung sehingga 24 Ogos dengan para pemain bersaing untuk merebut jumlah hadiah melebihi AS$70 juta (S$89.3 juta), menjadikannya hadiah terbesar dalam sejarah esports.
Kejohanan tahun ini akan diadakan di Boulevard Riyadh City yang meliputi kawasan lebih 50,000 meter persegi.
Ia menampilkan 25 kejohanan merangkumi 24 permainan, termasuk League of Legends, Dota 2, PUBG Mobile, PUBG Battlegrounds, Counter-Strike 2, Call of Duty: Black Ops 6, Call of Duty: Warzone, CrossFire: Mercenary Forces Corporation, Fortnite, Mobile Legends: Bang Bang, Honor of Kings dan Rainbow Six Siege X.
Turut dipertandingkan ialah Street Fighter 6, Rocket League, Fatal Fury: City of the Wolves, Free Fire, Overwatch 2, EA Sports FC 25, Rennsport, StarCraft II, Teamfight Tactics, Tekken 8, VALORANT, Catur dan Apex Legends.
Piala Dunia Esports merupakan acara terbesar dalam sejarah industri permainan dan esports.
Ia memainkan peranan penting dalam memperkasa para pemain dan kelab melalui Program Rakan Kelab EWCF 2025 yang bertujuan memupuk pertumbuhan mampan bagi pasukan yang menyertai, membangunkan bakat serta mengembangkan pengkalan peminat mereka di peringkat global.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.