Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Riyadh lancar program angkasawan, bakal hantar wanita Saudi pertama ke angkasa jelang 2023

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Suruhanjaya Angkasa Arab Saudi melancarkan program angkasawan pertama pemerintah pada Khamis (22 Sep).

Program itu juga bakal menghantar wanita pertama ke angkasa lepas menjelang 2023.

Program berkenaan bertujuan untuk melatih kakitangan Saudi yang berkebolehan menggalas tugas untuk melakukan penerbangan angkasa lepas dalam jangka panjang dan jangka pendek.

Program Angkasawan Saudi akan membolehkan angkasawan Arab Saudi menjalankan uji kaji dan penyelidikan saintifik untuk kebaikan manusia dalam bidang keutamaan seperti kesihatan, kemampanan dan teknologi angkasa lepas.

Program itu merupakan sebahagian daripada Wawasan 2030 pemerintah untuk menghantar angkasawan Saudi ke angkasa lepas demi kebaikan manusia sejagat.

Salah satu angkasawan merupakan seorang wanita Saudi. Misi beliau adalah untuk menjadi wakil yang mencatatkan sejarah pertama bagi pemerintah Arab Saudi.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan