Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Risiko selesema burung terhadap manusia rendah tapi perlu bersedia, nasihat WHO

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, penyebaran virus influenza H5N1 atau selesema burung kepada haiwan mamalia perlu dipantau.

Namun agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menyatakan, risiko penyebaran selesema burung kepada manusia kekal rendah setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, H5N1 sudah merebak dalam kalangan unggas dan burung liar selama 25 tahun.

Bagaimanapun katanya, terdapat laporan baru-baru ini mengenai jangkitan pada cerpelai, memerang dan anjing laut.

Perkara itu katanya perlu dipantau dengan teliti.

Namun setakat ini risiko kepada manusia kekal rendah sejak virus itu muncul pada tahun 1996.

Dr Tedros tetap memberi amaran semua pihak tidak boleh menganggap perkara itu akan kekal dan perlu bersedia untuk menangani sebarang perubahan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya jangan menyentuh haiwan liar yang mati atau sakit dan sebaliknya melaporkannya kepada pihak berkuasa tempatan.

WHO juga mengesyorkan pengukuhan pengawasan dalam tetapan di mana manusia dan haiwan berinteraksi.

Badan kesihatan dunia itu juga akan terus berhubung dengan para pengeluar untuk memastikan bekalan vaksin dan antivirus tersedia untuk kegunaan global.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan