Risiko perang nuklear kini tertinggi sejak Perang Dunia Ke-2
Risiko penggunaan senjata nuklear mencapai tahap tertinggi sejak Perang Dunia II, kata seorang pakar keselamatan kanan PBB pada Selasa (21 Mei), sambil menyifatkannya sebagai isu "mendesak" yang perlu dipandang lebih serius oleh masyarakat dunia.
(Gambar: Reuters)
GENEVA: Risiko penggunaan senjata nuklear mencapai tahap tertinggi sejak Perang Dunia II, kata seorang pakar keselamatan kanan PBB pada Selasa (21 Mei), sambil menyifatkannya sebagai isu "mendesak" yang perlu dipandang lebih serius oleh masyarakat dunia.
Renata Dwan, pengarah Institut Penyelidikan Perlucutan Senjata PBB (UNIDIR), berkata semua negara dengan senjata nuklear mempunyai program pemodenan nuklear yang sedang dijalankan dan landskap kawalan senjata sedang berubah. Ini sebahagiannya disebabkan oleh persaingan strategik antara China dengan Amerika Syarikat.
Pengurusan kawalan senjata tradisional juga semakin terhakis oleh kemunculan jenis-jenis peperangan yang baru, di samping kumpulan-kumpulan bersenjata, kuasa sektor swasta dan teknologi baru yang mengaburkan perbezaan antara serangan dengan pertahanan, katanya kepada para wartawan di Geneva.
Dengan rundingan perlucutan senjata menemui jalan buntu sejak dua dekad yang lalu, 122 negara telah menandatangani perjanjian untuk mengharamkan senjata nuklear sebahagiannya atas sebab kekecewaan dan kerana mereka mengakui risiko yang ditimbulkan, katanya.
"Saya fikir ia benar-benar satu seruan untuk mengakui - dan ini agak kurang dalam liputan media mengenai isu-isu ini - bahawa risiko perang nuklear sangat tinggi sekarang dan risiko penggunaan senjata nuklear, atas beberapa faktor yang telah saya katakan, lebih tinggi sekarang berbanding pada bila-bila masa sejak Perang Dunia II. "
Cik Dwan berkata dunia tidak sepatutnya mengetepikan bahaya senjata nuklear.
"Bagaimana kita memikirkan hal itu, dan bagaimana kita bertindak terhadap risiko itu dan pengurusan risiko itu, kelihatannya satu soalan penting dan mendesak yang tidak digambarkan sepenuhnya dalam Majlis Keselamatan PBB," katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.